Sunday, August 29, 2010

Movie Nite

 terlebih dahulu, sila jgn muntah dengan post ke-2 pada ari yg same...wtf..

Last nite juge, me Love and me went for a movie.. for the first time in bulan puasa.. seboleh-boleh nak elak g cinema in bulan ramadhan, but..ape nk buat bile pujuk rayu berdendang di telinge...ecece...giler tak nak?

we watched The Expandables...




 Super Duper Triple Best Giler... 9 out of 10.. where a point goes missing? coz cite tu genre axtion 18PG.. sgt ganas. but the impact,pergh...gua ckp lu sgt lh incredible.. x bley tahan gune senjata (yg x tau pekename nye) kire mcm mean machine punye lah sangat hebat smpi berkecai org.. and the martial art..huh,mmg x de perasaan btl...terkulai leher, jack! hoolaioo..... tak rugi langsung menonton nya... oh,,mcm baru 1st time in my life dapat menghayati dan mengakui bahawa RM10 utk tgk wayang sangat tak membazir..

The Heroes? jgn cakap ler..sume nye otai.. Sylvester stallone, jet li, arnold susahnakeja (ala, gabenor tu), and counting.. giler ganas muke sume..  But..but.. of course lh kene ade heroin nye.. and well, kalau takde plot pasal <3 cinta <3, mmg x best lah satu-satu cite tu..

Bukak Pose 2

Date: 28 Aug 2010


Venue: Restoran Sri Bayu, Larkin Perdana

Event: Buka Puasa

Sponsorship: Me Love
 
Rating: 2 1/2 out of 5.. (coz org ln yg organize tpt. no coment)
 
 
Let Pictures tell the story
 
 
from left to right: a girl, Nuar, Daus, Nazwan, Fikri, Wan, me Love, Punk, awek Punk (kot), n awek nuar (xura ke ape name die). and me, captured d pic.



After....


Sila abaikan muke yang berpeluh dan berminyak tersebut..coz x de kipas..

Oh, so this is the surprise lh konon nye, nak ajk aku g berbuke ngn kwn2 die.. eleh, mcm lh aku x leh agak. ok fine, not bad lah gak.. actually its not base on buffet, but makan mcm lunch di hari biase. Adoi! its ok lah..da kyg pon.. tempat still the same like last year. da kire tpt wajib kot..Hell No! harap2 thn dpn x jejak lagi kt situ.

After that heading to City Square. Misi mencari kasut Wedges belum tercapai.. mane lh lagi aku nk cari kasut saiz anak gajah ni.. masuk vincci, fabianno, summit, verns...

Alast, beli jgk kst recommended by me Love (aka my fashion designer. Wateva!). Tapi, boleh tahan cantik. nak jgk suh beli yg ada bling2 or accesories. nak jage hati, ikut je ler..ye dak.. lebih2 pun, dye je yg tengok nanti.. thank god ada size (was the last piece of that design!) then, grab je lh..gojes lh jgk..

Ok now mission accomplished to have all sorts of shuz in my almari kasut which are: pumps, flat, heels, crocs (yg da buruk), wedges, sports shuz (mickey mouse seh). ada lagi x ek? ok, thats it. nak kene rejam, klu beli kasut lagi. duh!

Baju raye x beli lagi.. hmm..nanti2 lah..ape ade hal..mlm raye blh cari..

oh ya! nak show off my new wedges.. Semangat x hengat!






tadaaa!!!!
 
oh..sgt malu.. *shy2 kucin* 

ok da..nak berbuke.. Walau pun tak puase..

Wednesday, August 25, 2010

Bukak Pose

Date: 15 Aug 2010
Venue: Mercure Palm Resort (form;y known as Sofitel)
Event: Buka Puasa
Sponsorship: JEG 4545

Let pictures tell the story

Menggonggong tulang kamben. ops..sangat desperado..

Di iringi Ghazal... Orang Johor, Yeop..eh, silap..  Oh, sangat lupa nak bawak Plat JOHO..


Faiq si Double Chin...sangat Semangat budak ini....

ok, da sangat kenyang..sekian...

Friday, August 13, 2010

Try this!


Kalau dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb anda adalah no. 1
Kalau dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb anda adalah no. 2
Kalau dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb anda adalah no. 3
Kalau dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb anda adalah no. 4
Kalau dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb anda adalah no. 5
Kalau dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb anda adalah no. 6
Kalau dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb anda adalah no. 7
Kalau dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb anda adalah no. 8
Kalau dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb anda adalah no. 9

no. 1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no. 2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no. 3
Anda adalah seorang yang berhati keras pentingkan diri sendiri,kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.
Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik,jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasanpencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no. 4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no. 5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no. 6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati,peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

*oopss...tak ideal k, pasangan skang?* hehehe

no. 7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no. 8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no. 9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

*credit to This Guy

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan


Tak terlambat rasanya nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi menikmati bulan yang penuh keberkatan ini. Bukan semua orang diberi peluang berjumpa bulan ini buat ke sekian kali. Bulan ni  jugak lah masa nya untuk collect pahala, nak top-up mana yang berlobang, and masa ni juga lah untuk collect duit raya lebih..biaselah, bisnes kan.. Including me. Oh, baru perasan saya telah menggunakan ayat skema, kot.. bukan senang nak bina ayat standard PMR ni..<--oh, sbb bulan puasa, kne jaga adat sopan orang islam semasa berbicara..

Dikesempatan ini (chewah, ayattt...) nak promote sket, ada buat bazar ramadhan di kompleks komuniti kempas (tpt biase). biase lah, kueh-mueh, lauk pauk dan air. and juga ada jual kuih tart (sis made). 

Baju raya tak tempah lagi, and x beli lagi (of course lh, bli mlm raya, kot). cam tak de perasaan nak raya plak..sbb mungkin da besar, and yet to have kids (eh, tunang pon belum)... its ocay, baru in 1st week puasa..kumpul pahala banyak2 dulu...

kata-kata akhir, berhati-hati di jalan raya, terawikh lah selagi diberi peluang sambut ramadhan ni.. 
Peace :D